MaybankPay – Pembayaran Mudah Menggunakan Telefon Pintar Kini di Malaysia
By Cerita Kedai Kopi - April 18, 2017
Pembayaran menggunakan telefon pintar kini tiba di Malaysia dengan aplikasi MaybankPay !
Seperti yang anda biasa tengok di dalam drama Korea dan Jepun, Maybank Pay membenarkan anda menggunakan telefon pintar anda sebagai “mobile wallet” untuk membuat pembayaran di kedai atau premis terpilih. Hanya perlu sentuh dan tekan bayar.
Walaupun idea pembayaran menggunakan telefon pintar sangat bagus, buat masa sekarang Maybank Pay mempunyai pelbagai limitasi. Saya ringkaskan bagaimana Maybank Pay ini berfungsi dan limitasinya bagi memudahkan anda untuk menggunakan aplikasi ini.
MaybankPay Mobile Wallet di Malaysia
#1 MaybankPay hanya menyokong telefon pintar Android yang menyokong NFC sahaja
Untuk menggunakan aplikasi Maybank Pay, anda perlu menggunakan telefon pintar Android dengan fungsi NFC. NFC membolehkan fungsi ‘tap to pair / tap to pay’ digunakan.
iPhone ketika ini belum lagi menyokong Maybank Pay walaupun iPhone dilengkapi NFC, mungkin kerana iOS hanya membenarkan pembayaran mobil terhad menerusi Apple Pay.
#2 Maybank Pay hanya menyokong VISA
MaybankPay ketika ini hanya menyokong kad debit VISA dan kad kredit VISA Maybank sahaja. Mastercard dan American Express tidak termasuk dalam senarai kad yang disokong. Di dalam aplikasi Maybank Pay anda boleh ‘scan’ kad atau masukkan butiran kad secara manual. Percubaan saya untuk ‘scan’ kad kredit VISA saya bagaimanapun tidak berjaya dan butiran kena ditaip sendiri.
#3 Maybank Pay hanya terhad kepada premis yang menyokong Visa PayWave
Pembayaran menggunakan Maybank Pay Visa PayWave ketika ini hanya terhad kepada 21 premis berikut. Saya jangkakan senarai premis yang menyokong Maybank Pay akan bertambah lebih banyak sekiranya trend mobile wallet menjadi lebih popular di Malaysia.
0 comments