Website Borong Barang Murah Secara Online Dari China

By Cerita Kedai Kopi - May 11, 2017

Website Borong Barang Murah Secara Online Dari China. Melalui artikel kali ini, sedikit penkongsian website borong dari China yang boleh anda lawati untuk memborong.

3 Website ini lubuk orang cina untuk memborong dan berniaga dan rahsia ini mereka saja yang tahu. Bangsa lain tidak tahu sebab website tersebut berbahasa cina. Ia sudah pasti berbahasa China sebab website tersebut pun datang dari negara itu. Merujuk pada website TaoBao.com. 2 lagi tulisan inggeris.


Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang BESAR dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.



Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus..




TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.



Okey sekian sampai disini sahaja, saya berharap bisnes anda berjaya selalu.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments