"Bawa Lawan Arah" Pemandu Remaja Dibebaskan Daripada Tuduhan Dadah
By Cerita Kedai Kopi - May 11, 2017
BUKIT MERTAJAM: Remaja yang memandu secara melawan arah di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), yang telah menyebabkan kemalangan yang melibatkan sembilan buah kenderaan dan meragut satu nyawa pada bulan Mac, didapati tidak bersalah diatas penyalahgunaan dadah oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ng Pei Ven, 19, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pengambilan dadah amfetamin di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada bulan Mac.
Hari ini, semasa sebutan kes di hadapan Majistret Jamilah Abdul Manap, Ng telah dibebaskan daripada pertuduhan itu dan wang ikat jamin balik sebanyak RM 5,000 telah dipulangkan balik.
Tetapi Ng telah di caj memandu di bawah pengaruh (DUI) di bawah Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kekal, Oleh itu, mahkamah telah menetapkan kes disebut semula pada 5 Julai.
Beliau kini keluar dengan ikat jamin sebanyak RM7,000 selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan DUI.
Ng didakwa memandu di bawah pengaruh dadah yang menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di KM134 daripada NSE. Kes itu didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Razali Che Ani manakala Ng diwakili oleh Parmjit Singh Mahinder.
Pada 14 Mac, Ng telah memandu Proton Gen.2 melawan arah sebelum plaza tol utara Sungai Dua dan telah melibatkan kemalangan sembilan buah kenderaan.
Sumber : msnnews

0 comments