Kenapa Laptop Mati Secara Tiba-tiba

By Cerita Kedai Kopi - April 08, 2017

Kita mesti berasa takut  dan terkejutkan apabila komputer atau laptop kita mati secara tiba-tiba ketika kita tengah main permainan video atau semasa tengah membuat assignment.

Disini saya akan menerangkan ada beberapa penyebab yang menyebabkan laptop atau komputer kita mati secara tiba-tiba dan cara bagaimana nak mengatasinya.


1. Suhu Laptop Terlalu Panas


Suhu laptop yang terlalu panas boleh menjadi salah satu penyebab laptop tiba-tiba mati sendiri. Antara penyebab laptop panas ialah kerana anda menggunakannya ditempat yang tidak ada pengudaraan yang baik dan lancar.



Sebagai contoh, Anda meletakkan laptop di atas tempat tidur, di atas kain, di atas sofa dsb, yang permukaannya menyerap haba. Ini boleh membuatkan laptop cepat panas. kerana tidak mempunyai pengudaraan yang bagus.

Cara mengatasinya, anda mestilah mengunakan laptop anda di tempat yang rata dan tidak menyerap haba. Selain itu, tempat yang ingin anda meletakkan laptop mestilah bersih.


2. Kegagalan Hardware

Antara punca-punca laptop mati secara tiba-tiba adalah disebabkan daripada kegagalan hardware. Perkara ini jarang berlaku, jika anda memasang hardware baru pada komputer atau laptop anda, anda boleh cuba untuk mencabut semula hardware tersebut untuk melihat sama ada isu padam secara tiba-tiba ini hilang.

3. Gantikan Thermal Paste Baru


Jika laptop sudah lama digunakan, anda perlu untuk menyemak  thermal paste pada prosesor. Jika thermal paste sudah kering, anda perlu mencuci dan menggantikan dengan thermal paste yang baru.

Thermal paste ini anda boleh beli di kedai-kedai komputer dan harganya juga murah. Tetapi dinasihatkan jika anda tidak mahir untuk mengantikannya sendiri anda boleh menghantar ke kedai repair komputer.

4. Bersihkan dari Habuk


Ia ini juga antara penyebab laptop atau komputer kita mati secara tiba-tiba. Kebiasaanya proses membuang habuk ini dilakukan sekali dengan mengantikan thermal paste. Jika anda kurang mahir disarankan supaya anda menghantarkan kepada yang pakar.

Oleh itu sampai di sini sahaja antara penyebab-penyebab yang menyebabkan laptop kita mati secara tiba-tiba. Jika terdapat apa-apa idea atau cadangan dan juga penambah baikkan anda boleh komen di bawah. Selain itu juga, jika anda rasa entri ini bermafaat untuk orang lain anda boleh share. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments