Cara Mengembalikan File yang Terpadam Secara Kekal

By Cerita Kedai Kopi - April 17, 2017

Secara sengaja atau tidak, anda mesti pernah mengalami perkara seperti ini bukan? Kehilangan file yang penting atau anda secara tidak sengaja terpadam file tersebut. Jadi, bagaimanakah caranya untuk kita mengembalikan file yang sudah hilang tersebut?

Secara asasnya, file yang terpadam dari komputer kita adalah tidak hilang sepenuhnya, ada satu sistem yang berfungsi untuk menyimpan file-file yang telah dipadam, tetapi jika fail tersebut sudah lama dipadam ianya akan hilang secara terus dan tidak boleh dicari kembali.


Langkah-Langkah Untuk Mengembalikan Fail Yang Telah Hilang

1. Muat turun aplikasi "PC Inspector File Recovery" dan "Install" aplikasi tersebut

Untuk Muat Turun : Klik --> Download
2. Selesai "Install", jalankan aplikasi tersebut dan pilih "Find deleted files"


3. Kemudian anda diberi pilihan untuk memilih Local Disk.
    * Jika sebelum ini file disimpan di Local Disk D, anda perlu mengklik Local Disk D.
       Jika sebelum ini anda simpan di desktop atau my document anda perlu mengklik Local Disk C.

4. Seterusnya anda perlu menekan simbol betul yang berwarna hijau untuk meneruskannya. 

Untuk Langkah 3 & 4

5. Selepas selesai proses "Scanning" akan keluar banyak data. Proses "Scanning" ini bergantung         kepada data anda sama ada banyak atau sedikit.

6. Setelah anda menjumpai file yang dicari, anda perlu melihat dibahagian "Condition" jika ia menunjukkan "Good" maka harapan untuk "Restore" data tersebut tinggi.


7. Setelah memilih data anda, anda perlu klik kanan dan pilih "Restore, klik kanan > Save to" dan tunggu sehingga selesai.




Sebenarnya masih banyak "software" yang boleh anda gunakan, tetapi saya memilih PC Inspector File Recovery adalah kerana ia senang digunakan dan percuma.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments